Blog Mahathir ‘dikunci’ oleh Blogger.com Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini


http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=1735&Itemid=0

Isnin, 23 Jun 2008
BLOG rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad digantung oleh syarikat penyedia khidmat

memblog Blogger.com sejak tiga hari lalu sehingga mantan perdana menteri gagal

mengemaskinikannya.Blog Chedet.com – ‘che det’ adalah nama gelaran dan nama

pena Dr Mahathir – digantung dengan alasan ia dianggap sebagai “dicurigai blog spam”.

Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun yang memuatkan artikel terakhirnya ‘RapidKL:

Answers to questions and SAPP’.

Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.

Dalam notis kepada pengunjung yang dimuatkan di Chedet.com jam 11:09 malam

ini, walaupun sudah beberapa kali usaha menghubungi Blogger.com dibuat,

syarikat penyedia khidmat tersebut masih lagi “mengunci” Chedet.com.

dr mahathir blog chedet dot com website 010508Penyedia khidmat itu akan

mengunci sesebuah blog yang

dibantah oleh pengunjungnya

sehingga “bahan-bahan yang

dipertikaikan” itu dibuang atau

setelah disiasat sendiri olehnya

tidak seperti bantahan.

Blogger.com menyediakan khidmat

tersebut di butang sebelah penjuru

kiri atas, atau dikenali “butang bendera”,

bagi bahan-bahan yang dianggap

“berpotensi dipertikaikan” kerana

dianggap “melanggar undang-undang atau ofensif” kepada pembaca lain.

Blog “spam” dianggap kegiatan yang tidak mengikut undang-undang.

Tidak jelas kenapa blog tersebut mengalami masalah ini, tetapi artikelnya berhubung

isu perkauman dipercayai mendorong pengunjung menekan butang bendera itu

berulang kali – sehingga dianggap Blogger.com sebagai blog yang “tidak disenaraikan”

dalam perkhidmatannya dan oleh itu tidak dibenarkan dikemaskini.

Menurut Chedet.com lagi, blog popular itu akan dipindahkan kepada penyedia khidmat

blog yang lain, antaranya yang sedang diusahakan MoveableType.com.

Tinjauan Malaysiakini selepas tengah malam ini menunjukkan usaha memindahkan

blog itu masih belum berhasil sepenuhnya dan pengunjung mengalami kesulitan

untuk memuatturun artikel Dr Mahathir.

Dalam artikel terakhir yang dimuatkan selepas percubaan memindahkan blog tersebut,


Advertisements